Iklan

Saturday, October 24, 2009

Tahu-tahu JAWI dah ketuk pintu? Kenapa Loceng Yang dipersalahkan?


Di dalam perlakuan kehidupan ini sebenarnya tiada yang sempurna. Manusia sehebat manapun pasti akan tewas juga sekiranya mereka tidak di melalui jalan-jalan yang baik. Rumah lama ku di gemparkan lagi dengan kes Pelajar di tangkap berkhalwat di satu tempat oleh JAWI beberapa hari yang lepas. Maafkan saya kerana masih lagi menjenguk rumah lama itu biarpun kini saya akan melanjutkan ke IPTA lain.Rumah lama itu begitu dekat dengan hati saya biarpun telah lama saya tinggalkan. Saya boleh menulis dengan lebih radikal kini kerana MyKad sudah pun berada di dalam tangan. Surat saman pun telah melayang ke UPNM dan menanti jawapan daripada pihak "atasan" UPNM yang sentiasa berada di tahap kesiapsiagaan itu.

Biarpun perkara yang dilakukan oleh orang muda berkenaan sehingga di tangkap oleh pihak JAWI, saya mengharap pihak-pihak tertentu bertindak dengan adil dan tidak meletakkan hukuman tersebut terhadap orang lain. Saya melihat perkara ini sebagai satu kesilapan yang dilakukan oleh orang muda yang baru hendak mengenal dunia. Biarlah dia mendapat hukuman yang setimpal dan bukanya ditambah dengan hukuman kepada mereka yang tidak berkenaan pula.

Masih ingatkah pada peristiwa, "diatas meja ada mejar dan di atas meja ada kapten?' peristiwa itu juga bagi saya sudah cukup serius dan ia lebih teruk kerana ia di lakukan oleh orang dewasa dan bukan lagi budak higusan belasan tahun. Mengapa pada ketika itu tidak dihukum dengan berat sahaja si "anjing" itu. Sebaliknya hanya diposting ke Kelantan? Adakah berlaku "double Standard di dalam mengadili hukuman daripada Tuhan"? sekiranya kamu kapten dosa kamu lebih kecil ,jika kamu kadet dosa kamu lebih besar sekiranya ditangkap berkhalwat?

Pada pendapat saya, Kadet adalah orang yang boleh melakukan kesilapan. Mereka adalah orang-orang muda yang masih belajar daripada kesilapan.Namun sekiranya sudah bergelar Pegawai dan apatah lagi "pegawai kepada 3 Bintang" mereka harus lebih menjaga moral dan sekiranya di tangkap,mereka harus dihukum dengan lebih berat. Malah Si tiga bintang pun harus dihukum kerana tidak tahu menjaga orang tepinya. Teringat kata-kata Sun Tzu " There are no stupid soldier,but there are stupid General". Ini bermaksud,Jeneral tidak seharusnya meletakkan kekalahan di dalam satu peperangan itu kepada askar-askar bawahanya, sebaliknya beliau harus sedar bahawa kesilapan itu adalah daripada dirinya sendiri kerana tidak tahu mengawal anak-anak buahnya.

Setiap manusia tidak akan melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang sekiranya mereka tidak di desak oleh sesuatu faktor lain. Apatah lagi seorang pegawai kadet. Besar kemungkinan suasana di Rumah lama itu yang menekankan pelajar sehingga mendesak mereka melakukan perkara-perkara yang diluar fikiran . Sedangkan ada yang cuba memotong tangan sendiri pun pernah ada ,inikan pula melakukan perkara sedemikian rupa? Fahamilah jiwa orang-orang muda ini yang mahukan kebebasan berfikir maka pada waktu itu kita akan melihat transformasi di dalam Angkatan Tentera Malaysia.


 


 

Thursday, October 1, 2009

Retorik Tanpa Tanggungjawab : Penyakit Generasi Mahasiswa dan Pemimpin-Pemimpin Kita


Isu tuduh menuduh antara pemimpin sudah menjadi lauk pauk bacaan politik.Ketua Menteri dengan sesuka hati mengkritik sini sana tanpa melihat usul periksa.Yang baik pun dikritik. Yang tidak lagilah di buka pekungnya. Terus terang saya katakan,saya sama sekali tidak suka cara DAP memerintah negeri walau apapun yang mereka telah janjikan.Mereka sama sahaja seperti tikus yang membaiki labu.

    Untuk kita mengkritik sesuatu tugas yang orang lain telah lakukan adalah mudah dan hanya perlu mengeluarkan suara dan sedikit pergerakan lidah sahaja. Namun untuk melakukan tugas yang sama yang telah di lakukan orang lain adalah sesuatu yang bukan semudah yang difikirkan. Kita seharusnya membenarkan sesuatu kritikan itu berlaku,namun kritikan itu adalah retorik haruslah bersama dengan tanggungjawab. Orang yang di kritik pula harus sedia menjawab dengan baik dan bukanya menjawab dengan loya buruk.

Saya sendiri pernah berada di dalam Mesyuarat bersama pemimpin-pemimpin pelajar tidak lama dahulu. Mereka seringkali mengeluarkan retorik-retorik yang hanya sedap dihamburkan tanpa mengira apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak yang dikritik. Perkara ini diketengah di oleh David Chandler sebagai "Rethoric Without Responsibilities".

Budaya ini sebenarnya bertapak di dalam masyarakat dunia sendiri namun diselesaikan dengan mekanisme tertentu. Sebagai contoh,pasti ramai antara kita tertanya-tanya mengapa perlunya Kuasa Veto di dalam Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Security Council? Mengapa hanya ada 5 negara sahaja yang mampu membuat keputusan di dalam mesyurat yang berkenaan? Mengapa tidak dibiarkan keputusan itu diletakkan kepada 222 negara sahaja? Sebenarnya disinilah terletaknya Hukuman "Retoric Without Responsibility". Negara- negara kecil yang membangun ini hanya tahu mengkritik dan menyatakan sesuatu yang mustahil di dalam mesyuarat Agung PBB namun akhirnya , yang bakal melaksanakan segala keputusan berkenaa hanyalah negara yang mempunyai kekayaan dan kekuatan. Maka yang akan bersusah payah di dalam melaksanakan perkara berkenaan adalah negara 5 berkenaan di dalam Security Council. Maka negara-negara kecil hanya bersuara dan bertekak, dan yang akan bersusah payah adalah Security Council.Maka adalah sesuatu yang wajar negara berlima itu di berikan Veto di dalam keputusan.

Oleh itu sama juga seperti kes yang berlaku di dalam situasi politik dan pentadbiran negara daripada sebesar-besarnya sehinggalah persatuan mahasiswa. Saya sendiri kadangkala seringkali dikritik oleh ahli mesyuarat tanpa individu berkenaan sedar apakah sumbangan mereka sendiri terhadap kemajuan sesebuah organisasi itu. Oleh itu budaya Rethoric without Responsibility ini harus di cegah kerana ia hanyalah akan merugikan masa depan masyarakat kita. Pada pendapat saya, masalah Retoric Without Responsibilty ini dapat di selesaikan dengan menggunakan kuasa Veto di dalam sesuatu organisasi. Iaitu sekiranya di dalam sesuatu mesyuarat atau perbicangan, tidak perlu dipanggil kesemua ahli-ahli mesyuarat yang tidak penting. Cara yang terbaik adalah panggil sahaja golongan yang benar-benar ikhlas berkerja dan buat keputusan di dalam kumpulan kecil berkenaan.

Maka , penyelesaian bagi masalah retorik di Pulau Pinang adalah, tukar sahaja Ketua Menterinya. Gantikan dengan yang baru.Bagi saya mereka adalah kerajaan negeri yang berfikiran seperti pembangkang.

Wednesday, September 30, 2009

Hentikan Gelak Ketawa, Ambil Serius Ancaman Fanatisme Indonesia

Sudah lama rasanya tidak mencoret lagi di ruangan ini. Terlalu banyak perakara yang harus di uruskan dan di atur. Atas nasihat daripada pihak-pihak tertentu saya membuat keputusan untuk mendiamkan diri untuk seketika sementara menunggu proses perbicaraan kes saya di bawa ke Mahkamah. Saya mengharapkan rakan-rakan seperjuangan mendoakan kes ini berjaya dan mencapai matlamatnya. Saya akan menceritakan dengan lebih detail mengenai tuntutan saya ke muka pengadilan kelak.

Tergerak hati saya untuk menulis mengenai ancaman keselamatan yang sedang kita hadapai daripada Indonesia. Ramai antara kita yang tertawa apabila mendengar bahawa ada seribu orang sedang mendaftar untuk persediaan berperang dengan Malaysia. Gerakan Demokrasi Indonesia (GDI) pada 8hb Oktober ini secara rasmi usaha peperangan ini akan dilancarkan. Ramai antara kita yang gelak yang sampai pecah perut apabila mendengar ancaman ini.Kononya lagi mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana ia tidak cukup kuat untuk menawan Malaysia. Ya …sememangnya adalah sangat benar apabila mereka tidak mampu untuk menakluk kita ataupun mengalahkan mana-mana angkatan tentera kita dengan mengunakan pedang samurai, tombak dan sebagainya. Namun, mereka mampu menghuru-harakan masyarakat kita. Usah katakana seribu, jika seorang atau dua orang sahaja mengamuk di Puduraya dengan membawa parang dan melancarkan perang terhadap orang awam pun ,maka ia sudah cukup untuk mengugat keamanan kita.

Untuk berdebat dengan mereka atas dasar apa mereka ingin menyerang kita dan melancarkan perang adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Ini adalah kerana sudah di ketahui umum bahawa mereka adalah golongan kelas bawahan atau low class mentality. Biar apa sahaja fakta yang di berikan mereka tidak akan menerimanya.Atas dasar fanatic dan kesan mereka tidak ada kerja lain selain daripada memindahkan rasa ketidakpuasan hati dengan kehidupan mereka dengan menyalahkan orang lain. Sekali lagi konsep Scape Goating itu teraplikasi.

Satu perkara yang harus kita sedar, biarpun satu nyawa melayang akibat daripada kebodohan tindakan orang-orang Indonesia ini adalah sesuatu yang tidak berbaloi dan kerajaan haruslah mengambil langkah yang serius di dalam menangani ancaman ini dan bukanya dengan cara bergelak ketawa dan menganggap ini adalah guraun semata-mata. Ingatlah, sememangnya mustahil bagi mereka mengalahkan angkatan tentera kita,namun adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk mereka membunuh orang-orang awam dan memporak perandakan keharmonian Negara.

Tuesday, September 1, 2009

Salam Ramadhan dan Salam perjuangan untuk rakan-rakan sekalian.

Maaf, sudah agak lama saya tidak menulis disini. Ini adalah kerana saya menjalani proses transformasi kehidupan daripada seorang military kepada seorang awam. Saya benar-benar bersyukur dengan nikmat yang saya dapat harini. Hati saya berasa sungguh lapang kerana semuanya berjalan seperti yang di rancang.Senyapnya saya sekian lama bukanlah tanda undurnya saya dari medan perjuangan di dalam membela kebajikan pelajar. Sebaliknya mencipta senjata baru yang bakal mengubah landskap dan corak peperangan ini.

Menurut Sun Tzu salah satu elemen paling penting di dalam menghadapi peperangan adalah faktor “heaven “. Heaven sebenarnya bermaksud kepercayaan agama yang tinggi dan berkelakuan baik semasa peperangan .Sebenarnya faktor Heaven itulah yang akan menentukan samaada sesuatu pihak itu akan memenangi pertempuran tersebut atau tidak.

Di dalam hukum peperangan tidak terkecuali dalam apa saja bentuk peperangan sebenarya perkara ini telah terbukti. Contohnya di dalam perang Vietnam Amerika yang menggunakan taktik kotor semasa peperangan ternyata tidak memberikan sokongan rakyat kepada kerajaan yang di bonekakan oleh Amerika. Tiada perjuaangan politik yang akan bertahan lama sekiranya kita tidak tahu membahagiakan dan mengasihani orang lain.
Perkara yang berlaku semenjak dua tiga hari ini telah banyak memberikan keinsafan dan peringatan.Kepada rakan, rakan di dalam keadaan tertekan bagaimana pun kita,kita haruslah sentiasa berbuat baik kepada orang lain terutamanya di dalam strategi menghadapi peperangan. Tambahan pula di bulan Ramadhan ini, satu persatu balasan di tunjukkan yang Maha Kuasa. Di dalam masa beberapa bulan dari sekarang, akan banyak lagi pendedahan yang akan mengubah lanskape dan mengubah kebatilan yang berlaku. Yakinlah Yang HAK AKAN MENGATASI YANG BATIL. Allah tidak akan sedikitpun mengasihani kita sekiranya kita tidak tahu mengasihani orang lain. Salam Ramadhan dan selamat Berpuasa.

Thursday, August 6, 2009

Keselamatan Bukan Tradisi: Gula Yang Semakin Menghilang dari Mata


Jika kita lihat di pasaraya kini, kekurangan stok bekalan gula semakin meruncing. Perkara ini berlaku samaada sikap peniaga yang menyorok gula ataupun sememangnya pokok tebu sudah tidak dapat hidup lagi di seberang Prai. Daripada maklumat yang di dapati, pihak kastam telah mendapati bahawa gula daripada negara kita sebenarnya telah di seludup dan di jual di negara asing kerana gula di negara kita adalah lebih murah kerana kawalan daripada kerajaan.

Kita pernah menghadapi krisis yang sama ini pada tahun 2006 di mana kita terpaksa mengimport gula daripada Brazil. Namun ada juga yang berpendapat bahawa krisis gula pada kali ini adalah ekoran daripada sikap pengguna yang membeli secara banyak kerana kerisauan perkara ini benar-benar berulang lagi. Ada juga kemungkinan penjual-penjual gula menyorok stok gula bagi mendapatkan keuntungan apabila stok gula semakin berkurangan.

Walaubagaimanapun, masalah ini sebenarnya adalah Dee Ja Vuu bagi negara kita. Satu pihak haruslah memainkan peranan penting di dalam mengkaji isu keselamatan bukan tradisi ini. Sebab itulah semasa pembentangan MPPK yang lalu saya telah mencadangkan penubuhan Pusat Kajian Keselamatan Bukan Tradisi (PUNATS) bagi menyelesaikan isu-isu Keselamatan bukan tradisi ini. Walaupun YAB Timbalan Perdana Menteri telah meluluskan minit mesyuarat berkenaan dan mengamanahkan pada sebuah Universiti , namun belum ada lagi langkah daripada Universiti tersebut di dalam melaksanakan arahan ini. Adakah arahan daripada Timbalan Perdana Menteri ini di perlekeh-lekehkan ? Apakah masalah yang sedang berlaku sebenarnya?

Pusat kajian Keselamatan Bukan Tradisi ini adalah isu mengenai masa depan negara dan harus di titik beratkan. Masyarakat menunggu dan memerhati apakah sumbangan Universiti di dalam membayar semula cukai-cukai yang telah mereka perahkan kepada negara. Mempertahankan negara bukan dengan mengangkat senjata sahaja.
Isu gula ini akan kita hadapi lagi pada masa akan datang dan mungkin pada masa itu juga kita masih lagi terpeinga-pinga mencari formula bagi penyelesaian jangka masa panjang. Setiap masalah tidak semestinya dapat di selesaikan secara spontan atau pun mengikut gerak hati sahaja.Kadangkala ia memerlukan kajian yang menyeluruh dan penyelesaian yang sistematik.

Tuesday, August 4, 2009

Inikah yang di katakan 1 Malaysia?


Inilah yang dinamakan Politik Matang yang sering di ungkapkan kini.Semua rakyat di Malaysia mahukan fenomena seperti ini berlaku di negara kita yang tercinta ini. Lihat kemesraan kedua-dua pemimpin yang hebat ini mampu bertentang mata dan melahirkan senyuman antara satu sama lain melambangkan semangat perpaduan. Namun sesetengah daripada kita sibuk turun berdemonstrasi sehingga mencetuskan huru hara dan pergaduhan.

Kita seringkali menyebut 1Malaysia namun adakah kita benar-benar memahaminya? Tun Dr.Mahathir sendiri dalam ucapanya di UKM baru-baru mengatakan beliau sendiri belum memahami apa itu 1Malaysia yang cuba di bawakan oleh orang nombor satu negara ini.Menurut pemahaman saya yang tidak seberapa ini, 1Malaysia bukan bermaksud penyatuan dari aspek fizikal (iaitu penyatuan berasaskan warna kulit) namun dari aspek keharmonian di dalam masyarakat. Walaupun belum lagi termaktubnya fahaman 1 Malaysia yang secara rasmi, namun dari pendapat saya,1 Malaysia bermaksud kita bersatu di dalam kepelbagaian secara profesional. Ini bukan bermaksud menidakkan parti-parti politik berasaskan perkauman, tetapi membangkitkan semula semangat perpaduan bagi menyedarkan masyarakat kita adalah sama.

1Malaysia sebenarnya adalah sikap professional di dalam berpolitik dan berkehidupan sesama kita yang berbeza pandangan, agama dan budaya. Sikap professional ini harus di tonjolkan oleh semua pihak dalam situasi-situasi kehidupan. Semasa keadaan menuntut kita berbeza pandangan, kita berbeza pandangan,dan apabila keadaan menuntut kita bersatu, kita dengan senang hati membenarkannya.
Satu Malaysia tidak menghalang parti-parti yang berlainan tetapi, menuntut supaya bersugguh-sungguh memperjuangkan objektif parti dan kepentingan kaum namun dalam masa yang sama membenarkan poltik matang tanpa bertindak dan bersikap tidak professional.

1 Malaysia menuntut kita supaya berdebat di atas pentas sekiranya perlu demi kepentingan kaum masing-masing namun bersalaman dan berpelukan mesra selepas itu bagi membuktikan semangat persaudaraan senegara.
1 Malaysia menuntut taat setia daripada rakyat dengen mematuhi undang-undang negara namun dalam masa yang sama bebas berfikiran dan berpandangan bebas di dalam hal politik.
Tindakan kerajaan dengan bertindak untuk memajukan negeri Kelantan yang sudah lama di tinggalkan pembangunan mengukuhkan lagi 1 Malaysia sebagai satu konsep negara yang bertindak secara professional.
1Malaysia melambangkan tanggungjawab kerajaan di dalam memakmurkan rakyat tanpa mengira samaada rakyat itu berbeza kaum, berpandangan pembangkang dan sebagainya.

Saturday, August 1, 2009

Anwar, Jangan Hukum Rakyat!


Jangan hukum rakyat malaysia ini dengan ISA. Apabila parti-parti politik ini memanggil rakyat sudah tentu mereka ini akan kelauar beramai-ramai menandakan tanda setia pada parti tak kira sama ada perkara itu baik atau tidak. Sebagai contoh demo anti isa ini sebenarnya telah meletakkan rakyat sendiri di dalam bahaya .Lihat kini sudah lebih 2 ratus orang di tahan oleh pihak berkuasa. Sebagai pemimpin yang di lantik oleh mandat rakyat, sebagai pemimpin haruslah menjalankan tugas dengan menyuarakanya di dalam parlimen atau cara- cara lain. Bukan dengan mengajak orang-orang berhimpun di jalanraya dengan mengadakan protes seperti ini. Jika mahu adakan sekalipun lakukanlah di padang, atau di tempat-tempat terbuka yang selamat dan bukanya di jalanraya yang menganggau kehidupan orang lain. Namun bila sudah jadi begini, pemimipin yang mula2nya mengajak mereka berhimpun selamat pulang di dalam rumah masing-masing dan boleh melihat anak isteri.Namun siapa yang akan bertanggungjawab terhadap 200 orang yang di tahan di dalam lokap ini? bagaimana dengan anak bini mereka. Saya akui bahawa Dato seri Anwar mempunyai aura di dalam memanggil orang ramai berhimpun dan berdemonstrasi. Namun jangan menyalahgunakan anugerah yang itu demi perkara yang tidak mendatangkan faedah. Amalkan politik yang matang dan Politik ilmu.Jika sayangkan rakyat, jangan hukum rakyat seperti ini.

Tuesday, July 28, 2009

Alfatihah kepada Sri Kandi 2009

GGambar adalah hiasan semata-mata.

Saya berasa sangat sebak ketika menerima berita pemergian seorang srikandi yang sanggup berkorban jiwa untuk berkhidmat di dalam tugas mulia ini. Pemergian seorang pegawat kadet wanita Siti Hawa Bt Najmi menyanyat hati sesiapa jua. Adik kita ini telah pun koma selama 27 hari setelah pulang daripada kem latihan di Konkoi. Beliau di syaki terkena jangkitan kuman di otak dan akhirnya meninggal dunia pada pada 27 julai yang lalu.

Saya sama sekali tidak dapat membayangkan perasaan Mak Ayahnya yang menghantar beliau ke Universiti ini untuk belajar dan menjadi orang yang berguna akhirnya berakhir di tangan kem Konkoi. Adalah sesuatu yang tidak menghairankan sekiranya ramai antara pelajar mengalami ganguan kesihatan setelah pulang daripada Konkoi kerana saya di maklumkan kawasan tersebut tidak mempunyai bekalan air bersih yang sesuai serta banyak lagi kemudahan yang tidak mencukupi.

Kematian Allahyarhamah di HUKM di sambut dengan air mata pada 1425H setelah berkhidmat di dalam baju hijau semenjak 19 Mei 2009.Alahyarham di kebumikan di Kg. Sempeneh Cempaka, Batu Kurau Perak.

Dalam cuaca jerebu dan wabak penyakit yang tidak menentu ini kita seharusnya menjaga kesihatan dengan tidak terlalu banyak keluar rumah sehingga keadaan kembali reda. Askar bukanlah kebal daripada H1N1 Ataupun penyakit-penyakit lain. Sedangkan firaun yang di dakwa tuhan pun mati dek kerana penyakit yang di bawa oleh seekor nyamuk.

Kendati itu, persoalan yang kita perlu fikirkan, adakah ini satu kemalangan atau satu kecuaian? Atau adakah cara supaya perkara ini boleh di elakkan di masa hadapan? Saya mengharapkan pihak-pihak tertentu menjalankan siasatan di dengan lebih lanjut supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Alfatihah kepada Allahyarhamah Siti Hawa Bt. Najmi semoga roh beliau di tempatkan bersama orang-orang yang beriman,

Tuesday, July 21, 2009

Hari Terakhir Di Universiti Pertahanan


Malam tadi adalah malam terakhir saya melihat langit yang di penuhi jerebu dan di sirami pelbagai wabak dan penyakit. Suasana di UPNM seolah-olah berada di dalam arena peperanga. Mangsa demam terbaring di lantai rumah sakit. Saya melangkah pergi di dalam hiruk pikuk ambulan dan di selubungu manusia bertopengkan separuh muka.Saya telah pun di beri amaran untuk tidak lagi menjejakkan kaki di tanah UPNM ini apabila saya meninggalkan kawasan ini nanti sehingga dipanggil semula. Sebaik sahaja menjejakkan kaki keluar daripada kem tersebut maka gemparlah UPNM di tutup. Mujurlah, jika tidak hanya tuhan yang tahu berapa mangsa yang bakal terkorban.

Biarpun peninggalan membawa pergi satu pelepasan dalam diri namun, ini bukanlah bermakna perjuangan ini telah berakhir.Malah ia baru sahaja bermula.Pada diri saya sendiri dan pada seluruh mahasiswa yang benar-benar ikhlas di dalam mahu melihat UPNM benar-benar sebagai sebuah Universiti yang maju.UPNM telah banyak memberi erti mengenal manusia yang pelbagai wataknya, tak cukup dengan hipokritnya, nepotisme, kronisme, lobi melobi dan pelbagai lagi sifat yang sukar di temui sebagai seorang yang baru berusia seperti saya ini. Kadangkala saya berasa betuah kerana jatuh dan hinggap di dalam suasana yang penuh konflik yang memberikan satu peluang bagi mematangkan diri. Saya percaya pemimpin yang hebat lahir di tengah-tengah krisis dan konflik.Konflik yang menjadikan diri kita lebih dewasa. Saya berasa bangga tiba di sebuah Universiti krisis dan hampir Berjaya menyelsaikanya. Cuma masa yang akan menentukan.
Sebelum pergi meninggalkan UPNM , seseorang telah mengingatkan saya bahawa pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang tahan di uji. Saya sedar dan yakin adanya orang-orang yang hebat yang saya kenali di sana .Namun akibat di sekat oleh masalah paranoid untuk menjadi “Unique Universiti” maka segalanya menjadi terlalu unik sehingga menjadi pelik.Saya teringat Semasa pergi melawat ke Akademi Militer di Magelang di Jogjakarta dahulu berlaku satu sesi soal jawab antara kadet UPNM dan Taruna daripada Akademi Militer yang terulung berkenaan. Mereka menanyakan kepada kadet UPNM.Soalanya lebih kurang begini;

“Apakah tujuan sebenar penubuhan UPNM ini ditubuhkan?bukankah Malaysia sudah mempunyai KTD dan GO dalam melahirkan pegawai bergraduan? Mengapa mahu menubuhkan lagi sebuah Universiti yang baru?mengapa tidak dimantapkan sahaja KTD dan kumpulan GO ini dan jadikan ia sebuah university.sedangkan misi GO juga sama untuk mendapatkan pegawai berijazah?”

Semasa menerima soalan itu meremang bulu roma kerana berani sekali dia mempersoalkan sedemikian rupa. Jawapan yang diberikan oleh saya setelah dipersetujui oleh rakan-rakan seperjuang ialah;

“UPNM ditubuhkan adalah sebagai pusat mendalami ilmu-ilmu pertahanan dengan lebih mendalam dan khusus. Sebagai contoh sekiranya seseorang mengambil jurusan Kejuruteraan Automotif, silibus yang dipelajari adalah lebih kearah pertahanan iaitu mengkaji mekanisme kereta kebal,enjin kereta kebal dan pengangkutan ketenteraan yang lain. Maka sekiranya sumber manusia pula, lebih ke arah mengurus sumber-sumber ketenteraan dengan lebih baik. Pengajian strategi pula, bagi mendapatkan pendekatan-pendekatan di dalam pertahanan terbaik di dalam menghadapi situasi peperangan. Jadi misi dan visi adalah jelas bukanlah untuk menyaingi KTD dan GO tetapi untuk meluaskan lagi ilmu ketenteraan sedia ada.”

Bagi kami wakil ke Akademi Militer tersebut, jawapan tersebut adalah jawapan terbaik yang dapat diberikan meskipun di dalam kurang ditekankan. Silibus pembelajaran belum menampakkan lagi kearah ketenteraan kecuali beberapa subjek yang tertentu.

Pada pendapat saya, langkah yang lebih proaktif perlu diambil dalam menjelaskan lagi misi penubuhan UPNM ini dengan cara memperbanyakkan kajian-kajian yang menjurus kearah ketenteraan. Agar perbezaan antara UPNM dengan university-universiti di luar sana gah dari segi akademiknya. Kajian dalam ilmu ketenteraan yang baru haruslah diberikan penekanan berbanding perkara-perkara lain yang dapat dipelajari di pusat latihan lain seperti di KTD dan sebagainya.


Di dalam kehidupan ini sebenarnya ada dua jenis manusia yang dapat dilihat. Iaitu ‘People acting God” and People Fear of God. Orang orang yang menjadi acting god ini merasakan diri mereka terlalu berkuasa sehingga apa sahaja yang mereka lakukan harus di taati oleh pengikut-pengikutnya tanpa usul periksa. Orang-orang seperti ini dapat di lihat daripada sebuah keluarga yang kecil, sehinggalah ke sebuah Universiti dan negara sekalipun. People acting God ini sentiasa di kelilingi oleh pemuja-pemuja yang sentisa memberikan pujian dalam setiap perkara yang tuhan mereka ini lakukan. Daripada segenap aspek kehidupan People acting God ini merasakan beliau berhak menentukan segalanya dalam kehidupan pengikutnya sehinggalah hidup dan matinya mereka ini. Sesungguhnya tiada yang lebih baik daripada memaafkan orang lain. Sesungguhnya saya telah memaafkan semua orang setiap pagi saya bangun dari tidur.Walaubagaimanapun, keadilan tetap harus di tegakkan.
Kepada semua Guru-Guru yang pernah mengajar saya ( saya tidak boleh sebutkan nama kelak jadi kontroversi dan keselamatan periuk nasi mereka mungkin tergugat) , sesungguhnya ilmu yang telah di curahkan kepada saya akan saya gunakan dengan sebaiknya. Berkatilah segala ilmu yang telah di berikan. Saya akan melanjutkan pelajaran di tempat yang terpaksa saya rahsiakan.Kepada rakan-rakan,segala kenangan kita pasti akan menjadi satu memori indah di dalam sejarah hidup.Kita masih ada facebook dan YM untuk berhubung.Kepada rakan pelajar-pelajar DIS, sesuatu yang membanggakan melihat kalian semakin matang dan menyerlah dari hari ke hari semenjak kita berkenalan.Saya tahu ada di antara sahabat-sahabat ini yang akan mencipta sejarah.


Katil Medan Disangka keramat
Ramai lah datang buat surgery.
Selsema babi membawa rahmat
Dapat Cuti Enjoylah lagi.

Selsema Babi datang menjenguk
Sikit hinggap tak naknya Cegah
Bila dah banyak baru nak terhangguk
Beratus datang baru nak gelabah.

Baru setahun di robek kembali,
Kalau di lihat sama sahaja.
Langkah depan tak toleh lagi.
Barang yang tinggal mahukan juga.

Sekian, Terima Kasih.



Setiausaha Agung MPP UPNM
Farid Aswan Bin Ismail

Monday, July 13, 2009

Menjelang Hari Lahir ke -22 ,ku menunggu 2 perkara


Esok adalah hari lahir saya, hari lahir yang menanti dua keputusan yang mendebarkan. Satu daripada UPNM dan satu lagi daripada DUN Manik Urai. Kedua dua keputusan tersebut membawa satu penantian yang akan menentukan gembira atau tidak hari lahir saya yang ke- 22 ini. Biarpun ramai mengatakan umur saya sepatutnya 30 an.Saya rasa bertuah kerana Dato seri Ali Rustam antara orang paling awal mengucapkan Selamat hari lahir kepada saya selepas My Dear love.Tapi apapun percayalah, umur saya adalah baru 22 tahun esok. Menjadi seorang yang berumur 22 tahun bukanlah sesuatu yang mudah. Disinilah umur di mana saya berjumpa dengan raksasa sebesar gunung dan ranjau sedalam jurang Mariana.Umur yang membawa satu lagi "turning point" daripada seorang "militaty personel" kepada "civilian".Namun langkah tetap di teruskan dengan berani.Saya percaya kita tidak hidup dengan pujian orang lain dan kita tidak mati dengan makian orang lain. Saya cuma mahukan dua hadiah dalam kehidupan ini iaitu KEBEBASAN dan KEMENANGAN.Terima kasih kepada Mak Ayah ,keluarga dan tangan - tangan ghaib dan tangan-tangan yang tidak ghaib membantu saya selama ini.InsyaAllah, saya akan menjadi inidividu yang lebih cemerlang pada umur yang ke 23 sekiranya di panjangkan umur.TQ